Saturday 13 October 2012

Bakteria adalah kehidupan mikro yang kecil sepertimana yang kita tahu bakteria itu dilabelkan sebagai pembawa penyakit pada manusia.

Tetapi tidak bagi bakteria ini kerana ia menghasilkan emas.





Emas yang korang lihat pada gambar di atas tidak dijumpai di sebuah sungai atau lombong.

Emas ini dihasilkan oleh bakteria, menurut para pengkaji di Michigan State University, bakteria ini dapat bertahan hidup di persekitaran yang ekstrim dan beracun dan menciptakan emas 24-karat iaitu emas tulen.


Mungkin bakteria ini dapat menyelamatkan kita semua dari kemelesetan krisis ekonomi global.

Kazem Kashefi, seorang pembantu profesor mikrobiologi dan genetik molekul serta Adam Brown, seorang profesor seni elektronik dan intermedia yang kaya raya.

Mereka adalah orang-orang yang telah menciptakan sebuah makmal kecil yang menggunakan baktera Cupriavidus Metallidurans untuk mengubah klorida emas - cairan kimia beracun yang dapat korang temukan di dunia ini dan menjadi 99,9 peratus emas tulen.




Inilah makmal emas Kashefi dan Brown.

Ada bakteria dan bahan beracun yang menjadi "makanannya".

Menurut Kashefi, mereka melakukan "Alchemy microbe" iaitu "sesuatu yang tidak memiliki nilai menjadi logam mulia yang berharga".

Bakteria ini sangat tahan terhadap elemen beracun.

Bahkan, itu 25 kali lebih kuat daripada yang diperkirakan sebelumnya.

Makmal kompak para pengkaji tersebut mereka namakan The Great Work of Metal Lover kerana bakteria tersebut memakan klorida emas.

Dalam sekitar satu minggu, bakteria melakukan tugasnya, memproses semua sampah itu menjadi logam tulen iaitu suatu proses yang mereka yakin ianya terjadi secara teratur di alam ini.





Cupriavidus metallidurans sedang bertindak balas: "memakan" bahan beracun berbahaya dan menghasilkan emas tulen 24 karat.

Jadi, ya, pada dasarnya, Cupriavidus metallidurans boleh memakan bahan racun dan “pup” menghasilkan butiran emas.

Ini adalah kotoran termahal di dunia yang dihasilkan oleh bakteria.


Sumber
http://taotauajer.blogspot.com/2012/10/subhanallah-bakteria-ini-dapat.html 

Wednesday 3 October 2012

Gangnam Style, Pecah Rekod Guiness World of Records!





Guinness World Of Records semalam mengumumkan artis sensasi Korea, Psy kini telah memecahkan rekod dunia dengan video muzik popular beliau “Oppa Gangnam Style”!

Video muzik ini telah dinobatkan sebagai’Video Paling Disukai’ dalam sejarah YouTube, dan Guinness World Records telah memberi penghormatan kepada pencapaian beliau dengan pengumuman tentang lagu tersebut.

‘Gangnam Style’, yang dimuat naik di YouTube sejak 15 Julai, telah mendapat ’like’ melebihi 2,141,758 kali, menjadikan ia video yang paling disukai dalam sejarah YouTube.

Pesaing terdekat bagi kebanyakan video yang disukai di YouTube termasuklah LMFAO ‘Party Rock Anthem’ (1,574,963 likes), Bieber ‘Baby’ Justin (1,327,147 likes) dan Adele ‘Rolling In The Deep’ (1,245,641 likes).

Psy (nama sebenar: Park Jae-Sang) adalah seorang penulis lagu dan penyanyi rap.

‘Oppa Gangnam Style’, single beliau yang paling berjaya setakat ini, adalah video K-Pop yang paling banyak dilihat di YouTube.

Ini juga menandakan kali pertama seorang artis Korea Selatan telah mengungguli carta iTunes.

Dan Barrett, Pengurus Komuniti Guinness World Records, memberi komen, ‘Having been the “Have you seen this?!” video dua bulan lepas di seluruh web,

Bagaimanapun, video ini atas sebab yang tidak diketahui, tidak terpapar pada carta YouTube’s ‘Most Liked Videos of All Time, meninggalkan peminat tertanya-tanya.

Ia belum jelas mengapa video ini tidak tersenarai, ramai yang percaya ia mungkin disebabkan gangguan pada sistem, atau mungkin juga usaha untuk mensabotaj penguasaan artis dari benua Asia.



sumber asal,
http://mynewshub.my/2012/09/22/guinness-world-of-records-umum-gangnam-style-pecah-rekod-dunia/