Wednesday 28 November 2012

Lawanya Baju Cik Adik, Beli kat mana tu??

Sedar tak sedar dah 28 November dah, Qy baru perasaan bila tengok tarikh kat bawah skrin komputer (padahal hari2 tengok..sabo je la)  Tapi tak bermakna Qy dah nyanyuk tau! (tak nak ngaku le tuu) ..Qy tak nak sembang panjang2 ,,sebab otak baru nak panaskan otot kat dalam tu..kang 'hang' pulak die ..hihi..

  Back to topik..Qy bukan nak perli ke ,,sindir sesape ke..tp bg sesape yg terasa tu, mintak maaflah yea..Pesan Qy , kalau korang tak buat mende2 nie tak perlu lah nak tarik muncung itik, cukuplah sebagai peringatan kita sebagai kaum pompuan..xkan lah Qy nak jatuhkan imej kaum sejenis kan? (Qy tgh backup pompuan ke?) ,,Relax sudah ,,

  Hah,,merepek pulak Qy nie..wah Liang Moi (bukan nama dia, gelaran je) ..baju u manyak cantik, u beli mana ? Apa, tak beli pon? Habis tu dapat dari mana? Pening pulak memikirkan nye..Owh Daddy bagi..eh Daddy mana pulak nie? Meh korang tengok sendiri la ye..kang korang xpercaya pulak..


  "Wei ape nie Qy, letak gambar lucas?"
Sory sikit eh, nie bukan gambar lucah. Tak ada makna nye Qy nak letak mende alah tu kat blog Qy..dah2, jangan nak hentam Qy pulak, korang suka buat kesimpulan sendiri,,tapi lantak korang lar >haha!< gelak jahat nie..eh..eh..Qy nak korang fokus kat baju Liang Moi nampak tak..Qy pon tak tau macam mana dia boleh pakai baju yang diperbuat daripada duit nie...

Jom baca artikel penuh dari sumber asal..

Kerana duit, terkadang manusia itu sanggup melakukan apa sahaja.
Bagi seorang gadis di China, kerana inginkan kehidupan yang mewah dan mahukan segala barang yang berjenama, dia sanggup mencari seorang lelaki yang tua, untuk dijadikan ‘sugar daddynya’.
Gadis itu yang dikenali sebagai Sina Weibo dalam laman sosial telah menunjukkan hadiah yang diterima oleh sugar daddynya sempena hari lahir yang ke 21 tahun.
Sina telah menerima baju duit yang disusun seperti ‘dress’ dengan nilainya 200,000 yuan (RM98,000)!
Dia telah memuat naik gambarnya yang memakai baju duit itu di laman sosial.
Namun, atas tindakannya itu, ramai yang telah mengecam gadis itu dengan mengatakan dia sebagai seorang gadis yang sakit jiwa atau terlalu berlagak.
Daddy telah memberikan hadiah hari jadi saya yang sangat bernilai iaitu baju duit sebanyak 200,000 yuan! Sangat bernilai! Saya sangat terkejut dengan hadiah ini dan barangan jenama Channel, LV dalam almari saya sekarang ini sudah tidak bernilai,” kata gadis itu menerusi laman sosialnya yang dipetik dari People Daily.com.
Ada juga warga internet yang menempelak gadis itu dengan mengatakan dia bodoh kerana terlalu percayakan ‘daddynya’ kerana mengetahui kekasih kepada gadis itu hanya mahukan hubungan seks sahaja.

Oleh: SORAYA IMAN SUMBER: http://mynewshub.my/
So, apa pandangan korang..jangan cepat melatah, ingat setiap orang ada sebab tersendiri, Qy akui, memang seronok bila dihadiahkan sesuatu yang kita suka..tapi bagi Qy, ini bukan budaya kita. Sorry to say, Qy tak setuju dia upload gambar macam nie kat laman sosial..Mungkin dia akan cakap, "who cares"..tapi Liang Moi, kalau kata2 penghinaan yang u dapat,, better u just keep it for you and your Daddy (daddy larr sangat).



P/s: Qy pon ada Daddy jugak! Jangan jeles,,, (sebab Qy panggil ayah Qy Daddy ..kikikiki)
   
 

Tuesday 27 November 2012

Nie, Qy nak cite sikit nie,,


Sebelum tu Qy nak bagitau dulu, entry kali nie panjang berjela,, tapi rasa nyea xde mslh kalau nak baca sekerat- sekerat je.. Qy oke je..yang penting mesej yang Qy nak sampaikan tu korang faham,,, chilll (^_^)



**Susahnya Nak Buat Dosa...Eh susah ke?? Betullah..Kalau nak ke disko bukan murah.
Kurang-kurang kena bayar RM25 covercharge.
Konon dapat free first drink tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...Memang susah kan?
-------------------------------------------------------------------------------------------
**Senangnya Nak Buat Pahala...Eyea ke senang?? Yea lah..Kalau gi masjid tu, free je.
Dah le takde cover charge, minum free bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free lagi..Hai senangnya nak buat pahala...(mengeluh lagi)
.-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...Asal nak buat dosa nie susah sangat??Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...tengok..tu menyusahkan lagi..dah lah gaji ciput je..entah cukup ke tak ..
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...Silap- silap kena tangkap basah..bayar denda,,turun naik mahkamah..
Boleh masuk paper free..Kesian mak ayah..malu kat keluarga yang lain..Kalau majikan tau, boleh kena buangkeje. Lagi haru...***
-------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.
Bangun pagi takde breakfast,terus niat pose.
Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala,siap dapatjimat duit lagi.
Pose tu kan boleh kekang nafsu.Cume tak masuk paper je.
Tapi insyaAllah masuk syurga. Lagi best!!!***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa....Mengumpat tu best kan ?
Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.Tapi,ngumpat punye sedap, keje tak jalan.
Yang keje tu, bos tengok,abis kena haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap,tarik muka.
Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh. Timah Jandalak kena umpat...***
-------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.
Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia .Orang pun tak marah.Makin saspek ade. 
 Eh! Respekla...Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir
Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje pun kurang terasa...sejuk hati tengok isteri..wah dah tempah tiket ke syurga tu ..wahai isteri...***
-----------------------------------------------------------------------------------------------

***Susahnya Nak Buat Dosa...Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.
Kejorle harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun terabai, dunia tak gak dapat².***
-------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.
Takyah nak sibuk²tamak haloba. Jiran beli tv baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la.
Sebab dia dapat hutang baru,kita lak dapat iman yang sentiasadiperbaharukan.Mane lagih best?***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".
Ha'ah! Hidup la ko kat neraka.Hehe...Penipu ni bukan setakat Tuhan benci,manusia pun lebih-lebih lagi.
Kalau tipu duit lagi parah.Hidup sentiasa dalam ketakutan.
Silap²kantoi, kena ganti.Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang Lapok)***
----------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat,malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadik mangsa pembelit² kat dunia ni,tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka.
Hidup pun aman,bukan dalam ketakutan.Bahagia je...***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...Nak lawan hukum Allah bukan senang.
Nak study tu, study nih. Carik peguam tuh, carik peguam nih.
Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh. Terpaksa pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.
Tapi dusta belaka. Ingat upah sana upah sini tu murah ke?Banyak ooo abiskan duit.
Walaupun bukan duit rakyat,bukan duit sendiri.
Hehe...Dahla hidup kena laknat,siap bookingname sendiri kat Malek. Dunia akhirat tak tenteram!!***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Senangnya Nak Buat Pahala...Cukup senang kalau pakai hukum Allah.
Ini bukan yang manusia buat tapi hukum yang turun dari langit.
takde hukum lebih sempurna dari hukum² Allah.
Inilah hukum2 yang seadil-adilnyea. Tak payah nak fikir² nak rangka rang undang-undang baru.
Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab. Selain tuh, hidup pun diberkati.
Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka.Inilah kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah.
InsyaAllah...***

Renung-renungkanlah...Wallahu a'lam...

P/s> Qy pon prnah buat silap jgk,,benda2 kecik mcm nie larr jarang orang nak perasan...terima kasih sebab sudi baca yea (^_^)..  

Perkara Yang Baik dan Buruk


4 PERKARA MENGUATKAN BADAN
1. Makan Daging
2. Memakai Wangian
3. Kerap Mandi
4. Berpakaian Dari Kapas

4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN

1. Tidak Banyak Berbual Kosong
2. Rajin Bersugi (Gosok Gigi)
3. Bercakap Dengan Orang Soleh
4. Bergaul DEngan Para Ulama

4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN

1. Banyak Melakukan Hubungan Kelamin
2. Selalu Cemas
3. Banyak Minum Air Ketika Makan
4. Banyak Makan Bahan Yang Masam

4 PERKARA MENAJAMKAN MATA

1. Duduk Mengadap Kiblat
2. Bercelak Sebelum Tidur
3. Memandang Yang Hijau
4. Berpakaian Bersih

4 PERKARA MEROSAKKAN MATA

1. Memandang Najis
2. Melihat Orang Dibunuh
3. Melihat Kemaluan
4. Membelakangi Kiblat

4 CARA TIDUR

• TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

• TIDUR PARA ULAMA & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

• TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

• TIDUR SYAITANMenelungkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka.


Jom Kenali Gaya Belajar Anda (^_^)


Umumunya 99% apa yang kita pelajari datang daripada deria, iatu deria penglihatan, pendengaran hidu & rasa dan sentuh. Setiap orang mempunyai gaya belajar yang berbeza. Jom tengok kat bawah nie terdapat tiga jenis gaya pembelajaran dan penjelasan bagi setiap satunya.

Gaya pembelajaran visual:

perlu melihat atau menggunakan deria mata untuk memahami sesuatu maklumat
Ciri-ciri pelajar:
1. sukar untuk ingati nama tetapi mungkin ingati rupa.
2. cenderung untuk menulis atau membut nota tangan sendiri semasa proses pembelajaran di dalam kelas.
3. menghadapi kesukaran untuk mengingati arah jalan jika diterangkan secara lisan.
Cara belajar yg sesuai:
>penyusunan grafik, gambar, graf dan peta minda


Gaya pembelajaran auditori:

Pelajar ini menyukai & berasa selesa belajar atau menerima maklumat dengan mendengar syarahan, perbincangan dan juga diberi peluang untuk bercakap.
Ciri-ciri pelajar:
1. dpt ingati nama lebih drpda ingati rupa paras.
2. lebih ska berbincang drpda membaca.
3. mudah terngangu dengan bunyi.
Cara belajar yang sesuai:
>berbincang, mendengar, bercakap dan berkumpulan


Gaya pembelajaran kinetik:

Pelajar ini memerlukan aktiviti yg bergerak & mereka jga model yg di pegang dan disentuh (hands on). Perlu membuat latihan amali dlm usaha untk memahami apa yg dipelajari secara teori.
Ciri-ciri pelajar:
1.lebih mudah ingat benda yg dilakukan drpda apa yg dilihat atau dengar.
2. lebih gemar menyertai aktiviti berbanding melihat.
3. gemarkan simulasi, drama dan aktiviti luar.

Cara belajar yang sesuai:
>simulasi, model, aktiviti luar dan pembelajaran aktif.


"dipetik daripada buku pembelajaran & perkembangan pelajar"

Part 1: Biar Aku Jadi Mentari Mu


Aku hampir terlelap melayan minda normalku. Tanpa dipinta ia mencetuskan khayalan yang merapu sehinggalah telefon bimbitku berbunyi nyaring dan memecahkan semua khayalanku. Sebal pulak rasanya. Aku mencapainya dan menekan punat hijau.

“Assalamualaikum”, aku memberi salam sebaik sahaja terdengar batuk kecil di hujung talian.
“Waalaikumsalam, nie Aylla ke?”.
“Ya, saya. Siapa nie?”
“Qayyum, . Ingat lagi tak?”
“Qayyum? Urm ingat,kau nak apa?”
“Aku nak jumpa kau Aylla. Aku nak minta...”,Aylla segera memotong ayat Qayyum.
“Aku tak nak jumpa kau, dan aku tak nak kau muncul lagi dalam hidup aku”.

Talian segera diputuskan. Ayla menghempas telefon bimbit yang tidak bersalah itu. Akhirnya keletihan memaksa Ayla terlena dalam keadaan marah terhadap Qayyum.

* * * * * * *
Aylla memetik gitar kapok di atas katil empuknya sambil menyanyi dengan penuh perasaan. Sesekali terdengar bunyi dia menguap semasa menyanyikan lagu jiwang tanpa rasa bersalah merosakkan lagu orang.

Aylla tak nampak macam orang bermasalah cuma dia memang suka cari masalah. Sesekali tengok bila dia banyak bercakap mampu membuatkan orang yang mendengarnya jadi terhibur dan kadang-kadang bengang sendiri. Entah di mana silapnya dia masih single sehingga kini. Dia tak suka lelaki ke? Habis tu, takkan suka dengan perempuan pula? Tak, tak mungkinlah Aylla macam tu. Minta dijauhkan, nanti aku yang menjadi mangsanya.

Aylla memerhati Cha yang berperangai pelik di depannya. Sekejap dia nampak Cha serius sehingga berkerut keningnya. Sekejap dia nampak Cha tersenyum sambil menganggukkan kepalanya kemudian kembali serius dan menggeleng pula. Risau juga dia bila Cha dalam keadaan seperti orang tak waras.
“Cha, kamu kenapa?”, Aylla mencuit lengan Cha d hadapannya.
Cha memandang tangannya yang dicuit oleh Aylla. Kemudian pandangannya beralih pula ke muka Aylla yang penuh dengan tanda tanya. Cha mula memikirkan benda-benda yang negatif sehingga terlupa yang ada berada di hadapannya sekarang adalah kawan baiknya.
“Woi Cha! Kamu berangan ke?”, Aylla menggoncang bahu Cha dengan kasar sehingga Cha mengadu kesakitan.
“Sakitlah, gila ke?”, Cha tayang muka kerek kat Aylla.
“Oh tahu sakit, kamu sedar ke yang saya panggil kamu dari tadi?”, Cha garu kepala cari ilham.
“Bila masa kamu panggil saya? Perasaan kamu je kot”, aku meletakkan gitar di tepi katil.
“Okay, mungkin perasaan saya je. Mesti kamu ada fikirkan sesuatu kan?”, aku menjongket sebelah keningku.
“Elok sikit, saya tak fikir apa pun”.
“Eya ke nie?”.
“Dah lah, tidur. Besok ada kelas”.
Cha menarik selimut hingga ke dadanya.Eleh,tidur awal pun bila bangun karang mesti buat muka tension juga.

“Good night”.

Aku menutup mata, berharap akan terlena sekejap lagi. Tiba- tiba nama Qayyum terlintas di fikiranku. Kacau betullah dia nie. Pertemuan kami pada malam itu sememangnya suatu kesilapan. Masing- masing cuba berlagak seolah- olah tidak mengenali antara satu sama lain. Akibatnya, suasana yang wujud sangat kekok sekali di antara kami berdua. Itulah yang berlaku apabila ego menguasai diri



Cha menyalakan pemetik api ditangannya, rokok yang terletak kemas di bibirnya berbara setelah dicucuh dengan api tersebut. Aylla yang duduk disebelahnya mengambil alih pemetik api tersebut untuk menyalakan rokoknya pula. Pesanan buat anda di luar sana, merokok adalah membahayakan kesihatan,oleh itu hindarilah rokok daripada hidup anda.
“Mencarut pula pengarang kita ni”, Ayla menghembuskan asap rokok yang mencemari paru-parunya ke udara.
“Entah, kita suruh dia mengarang cerita. Bukannya nak buat kempen hindari diri daripada merokok”.
Pandai pulak budak berdua nie kutuk pengarang. Ingat sikit, tanpa pengarang korang berdua tak akan wujud. So, behalf yourself.

Kononnya faham apa yang dikatakan oleh pengarang, akhirnya mereka berdua menggelengkan kepala sekali dua dan menyambung semula sesi menambah pencemaran udara mereka. So, jangan tiru aksi ini yea para pembaca sekalian.
“Cha, kamu ingat Qayyum kan?”.
“Qayyum, member Rizal ke?”, Cha memandangku.
Aku hanya mengangguk tanda mengiakan tekaannya. Cha memandangku seperti meminta penjelasan tentang pertanyaanku sebentar tadi padanya.
“Dia classmate saya dulu”.
“So?”
“Hehe, we were so close and almost become a couple that time”.
“What happened?”, Cha pun nak speaking English juga dengan aku.
“His ex-girlfriend know and attack me”, hehe boleh pakai ke istilah tu?
“Well, like a drama in televisyen lah ni kan?”.
Haha kami berdua ketawa terbahak- bahak sehinggalah Cha mengelap air mata yang meleleh di tubir matanya. Aku tersenyum simpul kerana teringat semula memori lama yang lucu itu.
“Yup, Cha. You know, minah tu tuduh saya perampas tau. Kami gaduh dekat kantin waktu tu, ramai student yang tengok aksi tak matang kami”.
“Qayyum tahu ke pasal kamu gaduh tu?”.
“Mestilah dia tahu, sebab dialah saya jadi 'Hulk' masa tu”.
“You mean?”.
“I punch them together”.
Cha terdiam dan merenungku seolah berharap agar aku menghabiskan cerita itu. Tetapi aku dengan segera bangun dan mencampak puntung rokok ku ke longkang. Cha seolah faham bahawa aku enggan bercerita lebih lanjut kepadanya kemudian menuruti perbuatanku dan menyapu seluarnya yang berdebu.
“Jom masuk,karang Encik Jamaliah marah pula kita take-five lama sangat”, aku mengajak Cha masuk ke dalam kedai.
“As you wish”, Cha membuntuti langkah ku masuk dari pintu belakang kedai.
Seperti yang diduga, pengurus kami sedang berpeluk tubuh memerhatikan kami berdua sebaik saja kami masuk, Cha segera mengunci pintu tersebut.
“Cha, pergi masuk. Prepare untuk closing”, Encik Jamal merenungku.
“Er, saya nak tolong Cha dengan Cik Midah kat dalam”, aku mencari helah untuk melarikan diri daripadanya.
“Awak, tunggu kejap. Saya ada benda nak tanya kat awak”.
Aduh, apa pula kali ni? Aku dah naik rimas bila direnung lama- lama olehnya. Tak apalah kalu dia hensem, naik kembang juga aku jadinya. Ini tak, muka macam kartun Sinchan. Uweekk.
“Apa dia, Encik Jamal?”
“Awak ada program tak malam ni? Maksud saya selepas balik dari kerja?”, aku memandangnya dengan pandangan tak puas hati.
“Tak ada, tapi kenapa Encik Jamal?”
“Awak tak payahlah nak formal sangat, panggil je saya Jamal. Taklah kekok sangat bila kita berbual”.
“Oke, tapi terus terang saya nak beritahu dengan Encik Jamal, saya tak nak adakan sesi perbualan antara kita. Bagi saya panggilan 'Encik Jamal' itu adalah tanda saya menghormati Encik Jamal. So, saya minta diri dulu”.
“Nanti dulu”, aku mematikan langkahku disebelahnya. “Awak teman saya selepas closing, no excuse”. Dia meninggalkanku dan masuk ke office.
Padan muka aku. Huarggh, aku nak balik online facebook lah bongok!


To be continued--->