Sebelum tu Qy nak bagitau dulu, entry kali nie panjang berjela,, tapi rasa nyea xde mslh kalau nak baca sekerat- sekerat je.. Qy oke je..yang penting mesej yang Qy nak sampaikan tu korang faham,,, chilll (^_^)
**Susahnya Nak Buat Dosa...Eh susah ke?? Betullah..Kalau nak ke disko bukan murah.
Kurang-kurang kena bayar RM25 covercharge.
Konon dapat free first drink tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...Memang susah kan?
-------------------------------------------------------------------------------------------
**Senangnya Nak Buat Pahala...Eyea ke senang?? Yea lah..Kalau gi masjid tu, free je.
Dah le takde cover charge, minum free bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free lagi..Hai senangnya nak buat pahala...(mengeluh lagi)
.-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...Asal nak buat dosa nie susah sangat??Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...tengok..tu menyusahkan lagi..dah lah gaji ciput je..entah cukup ke tak ..
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...Silap- silap kena tangkap basah..bayar denda,,turun naik mahkamah..
Boleh masuk paper free..Kesian mak ayah..malu kat keluarga yang lain..Kalau majikan tau, boleh kena buangkeje. Lagi haru...***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Senangnya Nak Buat Pahala...Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.
Bangun pagi takde breakfast,terus niat pose.
Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala,siap dapatjimat duit lagi.
Pose tu kan boleh kekang nafsu.Cume tak masuk paper je.
Tapi insyaAllah masuk syurga. Lagi best!!!***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa....Mengumpat tu best kan ?
Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.Tapi,ngumpat punye sedap, keje tak jalan.
Yang keje tu, bos tengok,abis kena haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap,tarik muka.
Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh. Timah Jandalak kena umpat...***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Senangnya Nak Buat Pahala...Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.
Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia .Orang pun tak marah.Makin saspek ade.
Eh! Respekla...Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje pun kurang terasa...sejuk hati tengok isteri..wah dah tempah tiket ke syurga tu ..wahai isteri...***
-----------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.
Kejorle harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun terabai, dunia tak gak dapat².***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Senangnya Nak Buat Pahala...Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.
Takyah nak sibuk²tamak haloba. Jiran beli tv baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la.
Sebab dia dapat hutang baru,kita lak dapat iman yang sentiasadiperbaharukan.Mane lagih best?***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".
Ha'ah! Hidup la ko kat neraka.Hehe...Penipu ni bukan setakat Tuhan benci,manusia pun lebih-lebih lagi.
Kalau tipu duit lagi parah.Hidup sentiasa dalam ketakutan.
Silap²kantoi, kena ganti.Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang Lapok)***
----------------------------------------------------------------------------------------------
***Senangnya Nak Buat Pahala...Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat,malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadik mangsa pembelit² kat dunia ni,tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka.
Hidup pun aman,bukan dalam ketakutan.Bahagia je...***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...Nak lawan hukum Allah bukan senang.
Nak study tu, study nih. Carik peguam tuh, carik peguam nih.
Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh. Terpaksa pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.
Tapi dusta belaka. Ingat upah sana upah sini tu murah ke?Banyak ooo abiskan duit.
Walaupun bukan duit rakyat,bukan duit sendiri.
Hehe...Dahla hidup kena laknat,siap bookingname sendiri kat Malek. Dunia akhirat tak tenteram!!***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Senangnya Nak Buat Pahala...Cukup senang kalau pakai hukum Allah.
Ini bukan yang manusia buat tapi hukum yang turun dari langit.
takde hukum lebih sempurna dari hukum² Allah.
Inilah hukum2 yang seadil-adilnyea. Tak payah nak fikir² nak rangka rang undang-undang baru.
Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab. Selain tuh, hidup pun diberkati.
Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka.Inilah kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah.
InsyaAllah...***
Renung-renungkanlah...Wallahu a'lam...
P/s> Qy pon prnah buat silap jgk,,benda2 kecik mcm nie larr jarang orang nak perasan...terima kasih sebab sudi baca yea (^_^)..
No comments:
Post a Comment