Tuesday, 27 November 2012

Part 1: Biar Aku Jadi Mentari Mu


Aku hampir terlelap melayan minda normalku. Tanpa dipinta ia mencetuskan khayalan yang merapu sehinggalah telefon bimbitku berbunyi nyaring dan memecahkan semua khayalanku. Sebal pulak rasanya. Aku mencapainya dan menekan punat hijau.

“Assalamualaikum”, aku memberi salam sebaik sahaja terdengar batuk kecil di hujung talian.
“Waalaikumsalam, nie Aylla ke?”.
“Ya, saya. Siapa nie?”
“Qayyum, . Ingat lagi tak?”
“Qayyum? Urm ingat,kau nak apa?”
“Aku nak jumpa kau Aylla. Aku nak minta...”,Aylla segera memotong ayat Qayyum.
“Aku tak nak jumpa kau, dan aku tak nak kau muncul lagi dalam hidup aku”.

Talian segera diputuskan. Ayla menghempas telefon bimbit yang tidak bersalah itu. Akhirnya keletihan memaksa Ayla terlena dalam keadaan marah terhadap Qayyum.

* * * * * * *
Aylla memetik gitar kapok di atas katil empuknya sambil menyanyi dengan penuh perasaan. Sesekali terdengar bunyi dia menguap semasa menyanyikan lagu jiwang tanpa rasa bersalah merosakkan lagu orang.

Aylla tak nampak macam orang bermasalah cuma dia memang suka cari masalah. Sesekali tengok bila dia banyak bercakap mampu membuatkan orang yang mendengarnya jadi terhibur dan kadang-kadang bengang sendiri. Entah di mana silapnya dia masih single sehingga kini. Dia tak suka lelaki ke? Habis tu, takkan suka dengan perempuan pula? Tak, tak mungkinlah Aylla macam tu. Minta dijauhkan, nanti aku yang menjadi mangsanya.

Aylla memerhati Cha yang berperangai pelik di depannya. Sekejap dia nampak Cha serius sehingga berkerut keningnya. Sekejap dia nampak Cha tersenyum sambil menganggukkan kepalanya kemudian kembali serius dan menggeleng pula. Risau juga dia bila Cha dalam keadaan seperti orang tak waras.
“Cha, kamu kenapa?”, Aylla mencuit lengan Cha d hadapannya.
Cha memandang tangannya yang dicuit oleh Aylla. Kemudian pandangannya beralih pula ke muka Aylla yang penuh dengan tanda tanya. Cha mula memikirkan benda-benda yang negatif sehingga terlupa yang ada berada di hadapannya sekarang adalah kawan baiknya.
“Woi Cha! Kamu berangan ke?”, Aylla menggoncang bahu Cha dengan kasar sehingga Cha mengadu kesakitan.
“Sakitlah, gila ke?”, Cha tayang muka kerek kat Aylla.
“Oh tahu sakit, kamu sedar ke yang saya panggil kamu dari tadi?”, Cha garu kepala cari ilham.
“Bila masa kamu panggil saya? Perasaan kamu je kot”, aku meletakkan gitar di tepi katil.
“Okay, mungkin perasaan saya je. Mesti kamu ada fikirkan sesuatu kan?”, aku menjongket sebelah keningku.
“Elok sikit, saya tak fikir apa pun”.
“Eya ke nie?”.
“Dah lah, tidur. Besok ada kelas”.
Cha menarik selimut hingga ke dadanya.Eleh,tidur awal pun bila bangun karang mesti buat muka tension juga.

“Good night”.

Aku menutup mata, berharap akan terlena sekejap lagi. Tiba- tiba nama Qayyum terlintas di fikiranku. Kacau betullah dia nie. Pertemuan kami pada malam itu sememangnya suatu kesilapan. Masing- masing cuba berlagak seolah- olah tidak mengenali antara satu sama lain. Akibatnya, suasana yang wujud sangat kekok sekali di antara kami berdua. Itulah yang berlaku apabila ego menguasai diri



Cha menyalakan pemetik api ditangannya, rokok yang terletak kemas di bibirnya berbara setelah dicucuh dengan api tersebut. Aylla yang duduk disebelahnya mengambil alih pemetik api tersebut untuk menyalakan rokoknya pula. Pesanan buat anda di luar sana, merokok adalah membahayakan kesihatan,oleh itu hindarilah rokok daripada hidup anda.
“Mencarut pula pengarang kita ni”, Ayla menghembuskan asap rokok yang mencemari paru-parunya ke udara.
“Entah, kita suruh dia mengarang cerita. Bukannya nak buat kempen hindari diri daripada merokok”.
Pandai pulak budak berdua nie kutuk pengarang. Ingat sikit, tanpa pengarang korang berdua tak akan wujud. So, behalf yourself.

Kononnya faham apa yang dikatakan oleh pengarang, akhirnya mereka berdua menggelengkan kepala sekali dua dan menyambung semula sesi menambah pencemaran udara mereka. So, jangan tiru aksi ini yea para pembaca sekalian.
“Cha, kamu ingat Qayyum kan?”.
“Qayyum, member Rizal ke?”, Cha memandangku.
Aku hanya mengangguk tanda mengiakan tekaannya. Cha memandangku seperti meminta penjelasan tentang pertanyaanku sebentar tadi padanya.
“Dia classmate saya dulu”.
“So?”
“Hehe, we were so close and almost become a couple that time”.
“What happened?”, Cha pun nak speaking English juga dengan aku.
“His ex-girlfriend know and attack me”, hehe boleh pakai ke istilah tu?
“Well, like a drama in televisyen lah ni kan?”.
Haha kami berdua ketawa terbahak- bahak sehinggalah Cha mengelap air mata yang meleleh di tubir matanya. Aku tersenyum simpul kerana teringat semula memori lama yang lucu itu.
“Yup, Cha. You know, minah tu tuduh saya perampas tau. Kami gaduh dekat kantin waktu tu, ramai student yang tengok aksi tak matang kami”.
“Qayyum tahu ke pasal kamu gaduh tu?”.
“Mestilah dia tahu, sebab dialah saya jadi 'Hulk' masa tu”.
“You mean?”.
“I punch them together”.
Cha terdiam dan merenungku seolah berharap agar aku menghabiskan cerita itu. Tetapi aku dengan segera bangun dan mencampak puntung rokok ku ke longkang. Cha seolah faham bahawa aku enggan bercerita lebih lanjut kepadanya kemudian menuruti perbuatanku dan menyapu seluarnya yang berdebu.
“Jom masuk,karang Encik Jamaliah marah pula kita take-five lama sangat”, aku mengajak Cha masuk ke dalam kedai.
“As you wish”, Cha membuntuti langkah ku masuk dari pintu belakang kedai.
Seperti yang diduga, pengurus kami sedang berpeluk tubuh memerhatikan kami berdua sebaik saja kami masuk, Cha segera mengunci pintu tersebut.
“Cha, pergi masuk. Prepare untuk closing”, Encik Jamal merenungku.
“Er, saya nak tolong Cha dengan Cik Midah kat dalam”, aku mencari helah untuk melarikan diri daripadanya.
“Awak, tunggu kejap. Saya ada benda nak tanya kat awak”.
Aduh, apa pula kali ni? Aku dah naik rimas bila direnung lama- lama olehnya. Tak apalah kalu dia hensem, naik kembang juga aku jadinya. Ini tak, muka macam kartun Sinchan. Uweekk.
“Apa dia, Encik Jamal?”
“Awak ada program tak malam ni? Maksud saya selepas balik dari kerja?”, aku memandangnya dengan pandangan tak puas hati.
“Tak ada, tapi kenapa Encik Jamal?”
“Awak tak payahlah nak formal sangat, panggil je saya Jamal. Taklah kekok sangat bila kita berbual”.
“Oke, tapi terus terang saya nak beritahu dengan Encik Jamal, saya tak nak adakan sesi perbualan antara kita. Bagi saya panggilan 'Encik Jamal' itu adalah tanda saya menghormati Encik Jamal. So, saya minta diri dulu”.
“Nanti dulu”, aku mematikan langkahku disebelahnya. “Awak teman saya selepas closing, no excuse”. Dia meninggalkanku dan masuk ke office.
Padan muka aku. Huarggh, aku nak balik online facebook lah bongok!


To be continued---> 


No comments:

Post a Comment